“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” \
(HR Bukhari)
“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).”
(HR Bukhari – Muslim)
Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isra' Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”.
BerBekam, Sunnah Rasul yang semakin ditinggalkan sejak sekian lama, namun kajian saintis moden mutakhir ini telah kembali mengakui kehebatan atau kemujaraban rawatan bekam ini hingga kembali terkenal sebagai rawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit(dengan izin Allah). Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit. Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
No comments:
Post a Comment