Monday, March 11, 2019

kebaikan bekam



KEBAIKAN BEKAM








Kebaikan bekam sememangnya terbukti mempunyai faedah dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan manusia. Amalan berbekam merupakan teknik perubatan sunnah Nabi yang diamalkan sejak dahulu kala dan kini dimodenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif. Ia juga merupakan salah satu rawatan alternatif yang dikatakan sangat berkesan untuk merawat dan menyembuh berbagai penyakit


Perawatan dengan kaedah bekam ini memberi banyak kebaikan seperti membantu menyihatkan tubuh badan, menghilangkan keletihan, mengimbangi daya ketahanan badan, membuang angin serta darah kotor, melegakan ketegangan urat dan membantu menguatkan otot-otot dalam badan.

Berikut merupakan beberapa lagi contoh kebaikan berbekam:
  1. Melegakan pening kepala dan menyembuhkan migrain
  2. Membantu melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan
  3. Memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam
  4. Memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki
  5. Membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  6. Dengan mengeluarkan darah toksik dapat melancarkan peredaran darah
  7. Membantu meringankan tubuh
  8. Merawat mata dan menajamkan penglihatan

BEKAM RASULULLAH


RASULULLAH & BEKAM



Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan kay.” \
(HR Bukhari)


“Sesungguhnya kaedah pengubatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” 
(HR Bukhari – Muslim)

Dalam Hadits lain riwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isra' Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. 


BerBekam, Sunnah Rasul yang semakin ditinggalkan sejak sekian lama, namun kajian saintis moden mutakhir ini telah kembali mengakui kehebatan atau kemujaraban rawatan bekam ini hingga kembali terkenal sebagai rawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit(dengan izin Allah).  Bekam adalah satu perawatan kesihatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodenkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit. Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Sunday, March 10, 2019

Introduction

SELAMAT DATANG KE PAGE THERAPY & PHARMACY KL BY NURTHERAPIST
PAGE INI MEMBERI INFO TENTANG PERKHIDMATAN & PERKONGSIAN.

sumber google



Saya menyediakan perkhidmatan rumah ke rumah di KL seperti berikut:
-Bekam
-Akupuntur
-Reflexology
-Kiropraktik
-Urut traditional
-Urut lepas bersalin
-Facial dan Spa


lawati blog ini untuk pertanyaan dan maklumat tentang rawatan-rawatan dan khidmat nasihat.